Isnin, 24 Jun 2013

bahagian c upsr

  Tulis beberapa nilai murni yg dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini.panjangnya jawapan kamu tidak mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

      Pada petang itu,Maznah terpaksa tingal dirumah mnjaga adik kecilnya kerana ayah dan ibunya pergi ke bandar untuk membeli barang keperluan.Rita datang ke rumah Maznah untuk mengajak Maznah bermain di taman permainan .Maznah menolak perlawaan Rita dengan baik serta memberikan alasan bahawa dia terpaksa menjaga adiknya di rumah.Selepas Rita pulang,Maznah menutup dan mengunci pintu pagar rumahnya kerana bimbang dimasuki pencuri atau orang yang tidak dikenali.Tidak lama kemudian,adiknya terjaga daripada tidur.Maznah memandikan adiknya,kemudian meyediakan makanan untuk adiknya.Selepas itu,Maznah duduk di kerusi ruang tamu.Sambil memerhatikan adiknya,Maznah membaca buku.Dia tidak mahu membazirkan masanya begitu sahaja.Sebelum ibu dan ayahnya pulang dari bandar,Maznah mengemaskan dapur dan menyapu lantai rumahnya agar sentiasa kelihatan kemas.

jawapan:
     Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan diatas ialah kita patut bertanggungjawab sepaerti Maznah terpaksa menjaga adik kecilnya.Seterusnya,kita hendaklah berhemah tinggi seperti Maznah menolak perlawaan Rita dengan baik.Selain itu,kita mestilah menjaga keselamatan dengan cara mengunci pintu pagar rumahnya.Disamping itu, kita sepatutnya menjaga kebersihan seperti Maznah memandikan adiknya.Akhir sekali,kita sewajarnya menghargai masa seperti dia tidak mahu membazirkan masa begitu sahaja.

 p/s:"         " nilai murni.